Larangan Penggunaan Dadah Di Seluruh Pusat Karaoke
Subang, 21 Disember 2010- Mesyuarat Persatuan-persatuan Karaoke Seluruh Malaysia atau di kenali sebagai PKSM(bukan PKBM ye) telah diadakan semalam bagi membincangkan undang-undang terbaru dalam pusat karaoke.Adalah diberitakan bahawa tindakan ini perlu diadakan kerana pe'el pelanggan yang bodoh piang datang semakin melampaui batas-batas susila.
Presidennya, Ah Tai K mengatakan pelanggan-pelanggan semakin berani membuat aktiviti maksiat serta menghisap dadah didalam pusat karaoke. Selain dari itu terdapat juga pelanggan yang menjadikan bilik karaoke sebagai bisnes sewa anak ayam.
Satu keputusan telah dicapai semalam dimana semua pusat karaoke diminta memasang papan tanda 'Dilarang Membawa Dadah' di premis masing-masing. Dadah yang tersenarai termasuklah pil KK, panadol, pil Chi Kit Taun, pil perancang dan pil mencegah kehamilan. Di Subang, satu pusat karaoke telah melaksanakan undang-undang terbaru tersebut dengan jayanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan